FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH

 

Pendidikan SMK Konven St Cecilia, Sandakan mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas serta komitmen untuk memberi pendidikan yang sempurna dan berkualiti tinggi bagi memajukan pelajar kami demi melahirkan insan yang berdisiplin selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

 

MISI SEKOLAH

 

Warga sekolah SMKKSC beriltizam untuk:

1.  Mewujudkan budaya pembelajaran, cemerlang kurikulum dan kokurikulum

2.  Menghasilkan warga sekolah yang berdisiplin dan berakhlak mulia

3.  Mewujudkan komuniti sekolah penyayang dan ceria

4.  Mewujudkan budaya mesra dan kolaboratif dengan ibu bapa pelajar serta komuniti

5.  Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat

 

 

OBJEKTIF SEKOLAH 

1.  Sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

2.  Membudayakan nilai-nilai murni dan semangat kolaboratif serta ingin maju diri di kalangan warga sekolah.

3.  Melahirkan insan berkualiti yang berguna kepada masyarakat, bersahsiah tinggi dan mempunyai EQ tinggi.

4.  Melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran teknologi maklumat.

 

VISI SEKOLAH

SMK Konven St Cecilia Sandakan berhasrat mencapai taraf sekolah cemerlang 2013.

 

MOTO SEKOLAH

First Things First  (Utamakan yang penting)

Make a Free Website with Yola.