PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

 

1.      Menjadikan SMKKSC sebagai institusi pendidikan terbaik yang mementingkan budaya ilmu dan kecemerlangan bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara.

2.      Mewujudkan jentera dan sistem pentadbiran sekolah yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada penambahbaikan dan inovasi yang berterusan.

3.      Menguruskan segala kerja dengan proaktif, cekap, pantas dan bijaksana.

4.      Membimbing pelajar ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni.

5.      Memastikan semua pelajar sekolah ini dapat belajar sepanjang masa dengan lancar, berkesan dan bermutu.

6.      Memastikan perkhidmatan dan pendidikan terbaik kepada semua pelajar agar menjadi insan berilmu, berketerampilan, berfikiran matang, berdaya juang, berakhlak mulia, produktif dan inovatif menjurus ke arah pengisian matlamat wawasan negara.

7.      Memastikan semua urusan yang berkaitan dengan PPG, JPN dan Kementerian serta ibu bapa dan guru-guru disiapkan tanpa cacat berkualiti dan dihantar sebelum tempoh tarikh akhir tamat.

8.      Memberi layanan segera dan mesra kepada semua ibu bapa atau penjaga dan tetamu sekolah.

9.      Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan selamat sesuai dengan moto sekolah “First Things First”.

 

 

 

PIAGAM GURU

Kami, guru-guru SMK Konven St. Cecilia Sandakan berjanji untuk :

1.      Menyediakan rancangan pelajaran, blue print mata pelajaran dan takwim aktiviti kurikulum sebelum 1 Januari setiap tahun.

2.      Merancang, merekodkan dan membuat persiapan untuk proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap subjek (dari segi kelas, tajuk, objektif, kemahiran, aktiviti P&P, nilai murni dan ABM yang digunakan) satu hingga dua hari sebelum pengajaran dijalankan.

3.      Memeriksa dan menandakan buku latihan pelajar dalam masa 7 hari selepas kerja rumah diberikan dan memberi maklum balas konstruktif untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam tempoh tiga hari selepas buku latihan itu dikembalikan.

4.      Menyediakan soalan-soalan ujian / peperiksaan berbentuk formatif dan sumatif yang mengikuti format dan kualiti peperiksaan umum sebenar dalam masa tujuh hari sebelum ujian / peperiksaan diadakan dan menandakan kertas jawapan pelajar dalam masa lima hari selepas ujian / peperiksaan itu diadakan.

5.      Merekodkan markah pelajar, menganalisis keputusan ujian / peperiksaan dan merancang tindakan susulan yang sesuai dalam masa 2 minggu selepas ujian / peperiksaan itu selesai diadakan.

6.      Merancang dan menyelia aktiviti serta mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya dua kali sebulan untuk menjayakan program kokurikulum setiap persatuan, kelab, sukan dan permainan dan unit beruniform sekolah.

7.      Berjumpa dengan ibu bapa pelajar bermasalah selepas surat amaran ke-3 dikeluarkan mengikut tatatertib prosedur disiplin sekolah.

8.      Berjumpa dengan pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan guru sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan memberi motivasi 5 minit kepada semua pelajar yang diajar setiap kali kelas diadakan.

9.      Menghadiri semua kursus yang meningkatkan laporan tahap profesionalisme diri.

10.  Menjalankan penilaian dan mengemukakan laporan bagi setiap aktiviti yang dikelolakan seperti yang dikehendaki oleh mana-mana pihak atasan dalam masa lima hari selepas arahan dikeluarkan.

 

PIAGAM PELAJAR

Kami, pelajar-pelajar SMK Konven St. Cecilia, Sandakan berikrar dan berjanji akan mengamalkan nilai-nilai dan budaya belajar seperti berikut:

1.      Sentiasa menyiapkan kerja yang diamanahkan oleh guru mengikut masa yang ditetapkan.

2.      Budaya di dalam kelas

a.   Semasa guru mengajar

i.    Duduk dengan sopan

ii.   Mendengar dengan taat dan tidak suka menyampuk

iii.  Jika ada persoalan mesti meminta kebenaran guru dengan sopan dan bersungguh-sungguh.

iv.  Bertanya dengan suara yang jelas dan tidak bermain-main.

v.   Tidak berbual atau bermain-main dengan rakan lain.

vi.  Tidak membuat kerja lain selain subjek yang sedang diajar oleh guru.

b.   Semasa ketiadaan guru di dalam kelas.

i.    Tidak berbuat bising dan jika ada keperluan dengan rakan lain, hendaklah bertanya dengan suara yang sederhana.

ii.   Tidak berjalan-jalan tanpa tujuan.

iii.  Mesti mengulang kaji pelajaran.

iv.  Tidak buang masa.

3.         Budaya semasa berada     

            di dalam kawasan sekolah

a.   Sentiasa membawa nota ringkas atau buku.

b.   Sentiasa berpakaian sopan dan kemas.

c.   Sentiasa menghormati warga sekolah dan tetamu.

d.   Sentiasa menjaga kebersihan.

4.         Budaya peperiksaan

a.   Sentiasa bersedia.

b.   Sentiasa gunakan masa yang sepenuhnya untuk menjawab.

c.   Sentiasa patuhi peraturan peperiksaan.

d.   Tidak tidur semasa peperiksaan.

5.         Budaya membaca

a.   Membaca sekurang-kurangnya 2 buah buku setiap minggu

b.   Menulis sinopsis bagi buku cerita yang dibaca

c.   Meningkatkan ilmu sepanjang masa di sekolah.

LENCANA SEKOLAH

 

Lencana :  Melambangkan kedaulatan untuk  melahirkan sebuah institusi.

Warna Kuning : Menandakan cita-cita yang tinggi.

Buku :  Melambangkan ilmu pengetahuan yang diperoleh.

First Things First : Yang Penting Diutamakan (Tanda ke arah kejayaan)

Dua tangkai Daun bergabung : Tanda ikatan ke arah kejayaan.

Bintang : Tanda keutamaan pembentukan moral dan jiwa. 

 Lagu sekolah

 

St. Cecilia the best school of them all,

All of us are certain of our victory,

In every field we join,

We join with hope, and confidence,

So come on now, and don’t you let us down,

Do your best to strive fo excellence,

We are here to cheer your Cecilians,

So do your best and be the best.

Make a Free Website with Yola.