SEJARAH SEKOLAH

 

              Sekolah mubaligh yang asalnya bernama St. Cecilia Primary School merupakan sekolah rendah untuk murid lelaki dan perempuan yang ditubuhkan pada tahun 1963.  Penubuhan SMK Konven St. Cecilia Sandakan diilhamkan oleh Rev. Mother St. Leonard, iaitu Pengetua pertama sekolah ini.  Demi tujuan untuk memberi pendidikan kepada pelajar perempuan, satu jawatankuasa penganjur telah dibentuk pada Jun 1964 diketuai oleh Rev. Mother St. Leonard di mana jawatankuasa ini telah berjaya mencari sumber kewangan sebanyak RM 500,000.00 untuk membiayai kos pembinaan dan kelengkapannya.  Akhirnya pada tahun 1966, Sekolah Rendah St Cecilia telah dinaiktarafkan menjadi Sekolah Menengah Konven St. Cecilia, iaitu sekolah menengah perempuan yang pertama di Sandakan.

             Pada 1 Disember 1966, perasmian sekolah dilakukan oleh Encik Whelan, Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah pada masa tersebut.  Pada tahun 1967, SM Konven St. Cecilia telah dinaiktarafkan dari sekolah menengah rendah kepada menengah atas.  Kumpulan murid Tingkatan 5 yang pertama telah menduduki peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1968.  Sekolah ini terkenal kerana disiplin, kejayaan akademik dan aktiviti kokurikulumnya.

             Pembangunan prasarana sekolah dibuat secara berperingkat-peringkat melalui usaha penjanaan dana oleh Lembaga Pengurusan Sekolah, Persatuan Alumni dan sekolah.

  • Bengkel Kemahiran Hidup dibina pada tahun 1990
  • Kantin dibina pada tahun 1990
  • Dewan Serbaguna St. Joseph dibina pada tahun 1991

             Keprihatinan ibu bapa dan komuniti Sandakanlah yang telah membolehkan pelajar-pelajar sekolah ini menikmati kemudahan pembelajaran sehingga hari ini.

             Sejak penubuhan SMK Konven St. Cecilia Sandakan telah diterajui oleh pengetua-pengetua berikut :

1966–1967 

Rev. Mother St. Leonard

1995–1996

Encik Ribus Tingadon

1968–1970

Rev. Mother Francis Theresa

1997 

Puan Chee Chai Jin (Memangku) 

1971–1973

Cik Dora Ho (Pemangku)

1998–Nov 2001

Puan Ngiam Eng HonG

1973–1975

Puan Chong Lip Kuen

Nov 2001–Dis 2003

Puan Shirley Tay Siew Hong

1975–1982

Encik Joseph Selvester

Dis 2003–Jun 2009 

Cik Lim Li Li @ Lily

1983–1986

Encik Wong Hee Yung

Julai 2009 – Kini

Encik Soo Tian Hock 

1986–1995

Encik Chin Yun Chung 

       

        Dengan kegigihan pucuk pimpinan pengetua-pengetua dan sokongan padu dari staf mengajar dan bukan

 

mengajar, Lembaga Pengurusan Sekolah serta Persatuan Alumni, sekolah ini telah terus cemerlang dan telah

 

menerima Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah, kategori Sekolah Menengah Negeri

 

Sabah ( Tempat Kedua ) pada tahun 2001 dan Anugerah Sekolah Harapan Negara, kategori bandar

 

peringkat negeri Sabah ( Johan ) pada tahun 2005.

Make a Free Website with Yola.